Hari ke 2 (4 Dec 2012) Kursus Komputer di AMC College


Hai, jumpa lagi.. hari ni, hari ke dua saya menghadiri kelas komputer anjuran kerajaan negeri Sabah bersama AMC College. Kursus hari ini adalah Adobe Photoshop Level 2, belajar macamana nak edit-edit gambar. 

     Walaupun kelas bermula seawal 8 pagi, ku kuatkan juga semangat untuk belajar edit-edit foto ni, semangat saya bertambah kuat dengan membawa seorang lagi anak saya yang berumur 14 tahun, Nazim.
    Seronok tau dapat meluangkan masa dengan anak-anak di kelas IT yang sama. Sebabnya selain daripada menimba ilmu, boleh pula berkongsi-kongsi ilmu mana-mana tajuk yang blur tu hehehe
    Lain kali, saya akan cuba publish foto-foto yang kita orang dah "kerjakan" semasa dalam kelas komputer tu..

  # Maaf x dapat kongsi gambar2 kita orang tu, dah terdelete masa format phone dulu..sedihh huhu #

Comments