Sebelah bertahun-tahun tak berblog, tiba-tiba terdetik nak buka semula kandungan blog yang sekian lama ditinggalkan.
Tak sangka pula, rasa terharu dan gembira bercampur aduk ketika membaca di setiap tajuk dan melihat semula gambar-gambar lama terutama gambar bersama anak-anakku tersayang.
Sungguh gambar-gambar lama menyimpan seribu kenangan dan boleh menjentik hati seorang ibu 😭🩷
Jadi..di malam Sabtu yang hening dan indah, duduk pula di bawah pohon pinang yang lebat daunnya tapi tak berbuah hihi..Jarr menulis entri pertama di tahun baru 2026 ni.
Saja Jarr abadikan momen malam ni dalam blog, buat kenangan di masa depan. Mana tahu 10 tahun lagi bila baca balik, rasa rindu pula dengan suasana kedai mamak ni."
Nama restoran ni"Restoran Al Safa" yang terletak di Taman Sri Endah, Sri Petaling Kuala Lumpur
======================
"Kadang-kadang, kebahagiaan itu tak perlu mahal. Cukup sekadar duduk semeja dengan yang tersayang, ditemani bunyi bising suara gelak mesra dari meja sebelah, aroma nescafe tarik kurang manis yang penuh nikmat serta nasi lemak ikan bilis yang lazat"
Setiap hari bahkan setiap malam restoran mamak ni tak pernah sunyi dari kunjungan pelanggan.
Boleh dikatakan restoran mamak ni restoran yang paling terkenal di kawasan ni dan sentiasa full house.
Di sebelah petang, kebiasaannya meja dan kerusi akan mula dibuka sehingga ke kaki lima kedai, di kaki lima Pasar Mini 99 SpeedMart dan termasuklah di sepanjang bahu jalan rayanya.
Meja Jarr dan suami pula betul-betul di hadapan 99 SpeedMart ni.
Setiap malam suasana di kedai mamak ni memang meriah..apatah lagi di hujung minggu.
Pelanggan yang datang pula terdiri dari pelbagai bangsa. Melayu, Cina, Indonesia, Arab, Bangladesh, Korea dan banyak lagi.
Ramai pelajar antarabangsa lepak di sini disebabkan lokasinya terletak bersebelahan dengan pusat pendidikan antarabangsa Bukit Jalil.
Dengan menu yang pelbagai pasti menarik hati para pengunjung. Selain menu tradisi roti canai, roti telur..menu seperti Nasi Ayam Penyet, nasi lemak, lauk pauk nasi kandar pun ada disediakan.
Kelihatan juga beberapa kiosk lain yang menyewa di sini. Antaranya kiosk makanan Arab seperti Shawarma, pizza dan lain-lain. Ada juga kiosk Sate, kiosk fish ball, tofu dan kiosk buah-buahan segar.
"Kalau korang area sini, kedai ni memang recommended sebab servis laju dan roti canai dia garing dan sedap..confirm puas hati!"
"Begitulah cerita ringkas malam ni. Tak ada yang luar biasa pun pada menu makanannya, tapi yang luar biasa adalah kualiti masa yang dipinjamkan.
Syukur masih diberi peluang untuk cipta memori sekecil ini. Moga bila Jarr baca balik catatan ni suatu hari nanti, Jarr akan tersenyum sendiri teringat betapa indahnya malam yang biasa-biasa ni.
Memori kecil macam nilah yang Jarr nak simpan dalam blog ni supaya tak hilang ditelan zaman.
Korang pula macam mana? Apa tempat 'lepak' paling tenang untuk korang dengan keluarga?"
Sampai jumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih sudi singgah baca!"
Comments
Post a Comment