Assalam semua, apa khabar? Apa kata hari ini kita berbicara mengenai Cara-Cara Mengenali Kelebihan dan Potensi Diri. Sebenarnya, saya pernah membaca mengenai topik ini dalam salah satu buku yang saya dah terlupa apa tajuknya (Ehmm....terlupa sebab baca buku banyak sangat atau kureng tak pastilah pulak saya....haha) Nanti kalau dah teringat nama buku, saya akan kongsi yerr..
Langkah pertama, catatkan sebanyak mungkin sifat positif atau nilai positif yang ada pada diri. Contohnya seperti penyayang, berakhlak mulia, mengambil berat, aktif, sabar, mesra, kreatif, bertanggung jawab, kelakar, adil, tekun, inovatif, suka menolong, boleh dipercayai, berpandangan jauh, bermatlamat tinggi, berpengetahuan tinggi dan sebagainya.
Kemudian, cuba ingatkan semula semua kejadian ataupun situasi yang pernah berlaku yang menunjukkan kualiti positif. Kejadian tersebut mungkin berlaku di kalangan keluarga di rumah, di tempat kerja, ataupun di tempat awam. Semua situasi yang pernah berlaku ini sebenarnya memberi kesan konsep kendiri kepada diri yang akan meyakinkan lagi tentang kelebihan dan potensi diri kita.
Selain itu, cuba tanya soalan-soalan ini kepada diri anda:
1. Pernahkan orang lain memuji anda? Apakah pujian yang dikatakan kepada anda?
2. Apakah yang anda suka mengenai diri anda?
3. Apakah sifat-sifat buruk yang ada pada orang lain tapi tiada pada anda?
Setelah mencatat semua nilai-nilai positif itu, catatan-catatan tersebut kemudiannya harus dibaca dan dimuhasabahkan. Dan yang paling penting sekali letak catatan itu di tempat yang mudah kita lihat seperti meja belajar, pejabat ataupun mungkin di meja solek di rumah. Dengan membacanya berulang kali akan menyematkan perasaan bangga, gembira dan berpuas hati. Perasaan ini akan meresap ke dalam minda serta jiwa kita.
Dengan mengiktiraf pencapaian diri sendiri akan mendorong kita berusaha lebih gigih lagi untuk meningkatkan kejayaan diri.
Apa kata kita melakukan aktiviti ini bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga anak-anak kita. Anak-anak yang lebih muda perlukan bimbingan kita manakala anak-anak yang dewasa pula bolehlah melakukannya sendiri.
Menurut pakar psikologi, setiap malam sebelum tidur, kita disyorkan untuk mengingat dan mengimbas kembali perkara-perkara positif saja. Oleh itu, apa salahnya kita baca catatan-catatan tadi setiap malam sebelum tidur. Tapi awas! Jangan pula pasangan anda menyangka yang bukan-bukan kerana melihat anda tersenyum-senyum sendirian membaca cerita-cerita hebat anda.. Hehehe
Jangan lupa ajar teknik-teknik ini kepada anak-anak kita. Anak-anak kita akan menyerlah mengikut potensi nya. Insyaallah... :)

Comments
Post a Comment